Jika sebelum ini, usahawan yang juga bekas pembantu peribadi jutawan kosmetik terkenal DS Vida, Iqbal Zulkefli telah disamakan dengan wajah binatang iaitu khinzir, kali ini fotonya telah disunting dengan tubuh badan lelaki yang memakai seluar dalam.
Maklum Iqbal, foto tersebut bukanlah dirinya yang sebenar namun telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab yang bertujuan untuk memalukan dirinya.
Disebabkan oleh hal itu, Iqbal mendedahkan bahawa dia telah menerima banyak mesej daripada orang ramai yang bertanyakan hal tersebut.
Menggeletar tangan saya post gambar ini namun oleh kerana sudah mula tersebar, saya perlu tegaskan. Jelas sekali tubuh badan saya tidak begini. Namun ada juga yang percaya
Jelas usahawan minyak wangi ini lagi, dia tidak mempunyai akaun Facebook yang baharu dan sedar akan kewujudan laman profil palsu yang telah menggunakan namanya.
Tidak! Facebook saya satu-satunya adalah Ahmad Iqbal Zulkefli. Saya lihat ada lagi satu page palsu bernama IQbal Zulkefli menadapat komen beratus orang setiap post. Itu juga akaun palsu.” maklum Iqbal lagi.
Tegas Iqbal, perkara seperti itu tidak sesuai untuk dianggap sebagai bahan jenaka dan hiburan orang ramai.
Malah, Iqbal berasa sungguh terkesan dengan insiden tersebut dan turut memberi bayangan bahawa dia akan berpindah keluar daripada Malaysia dan menetap di luar negara.
Terdahulu, menerusi beberapa hantaran di media sosial Instagram miliknya, Iqbal ada menunjukkan bahawa dia sedang membuat persiapan membeli kelengkapan diri untuk ke luar negara.
Ujarnya, dia mungkin akan berhijrah ke luar negara dan memilih sama ada Singapura, Brunei, Indonesia ataupun Australia.
-BeautifulNara