Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tahi lembu punyai khasiat untuk kesihatan, dedah Doktor Pakar



NEW DELHI: Seorang doktor pakar kanak-kanak dari Haryana, Dr. Manoj Mittal mencetuskan kontroversi apabila mendakwa najis lembu boleh dimakan dan berkhasiat untuk menjaga kesihatan.

Menerusi video secara dalam talian, doktor itu menunjukkan dia turut makan najis lembu bagi menyokong dakwaannya.

Mittal memberitahu, najis lembu juga boleh ‘memulihkan kerohanian’.

Kumpulan pengamal perubatan tradisional di India sudah lama percaya dan praktikkan amalan makan najis lembu yang dipercayai boleh mengubati pelbagai penyakit kritikal termasuk kanser, malah jangkitan Covid-19.

Mittal didakwa menjadi doktor pertama yang mengiktiraf najis lembu sebagai berkhasiat untuk kesihatan.

Videonya menjadi tular sejak beberapa minggu lalu dan Mittal turut memberitahu, ibunya sering makan najis lembu ketika berpuasa dan wanita yang mengamalkan makan tahi haiwan itu dapat mengelak daripada menjalani pembedahan ketika melahirkan anak.

Video yang dimuat naik dalam Facebook itu mendapat pelbagai reaksi pengguna media sosial tersebut.

Ada dalam kalangan mereka mendesak lesen perubatan Mittal ditarik balik kerana mempromosikan kaedah penjagaan kesihatan yang tidak sahih kebenarannya.

Terdapat juga pengguna Facebook yang menyokong tindakan Mittal kerana berani memperjuangkan perubatan alternatif untuk dijadikan pilihan kepada penduduk.

-UTUSAN