Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib minta Zafrul jual tanah RM100 juta, beri pemohon i-Citra seorang RM5,000



MELAKA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak tawaran bagi mendapatkan tanah untuk kediaman yang dibuat sejajar dengan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.

Ahli Parlimen Pekan itu menegaskan, keputusan yang diambilnya berikutan perkara tersebut telah mencetuskan suasana tidak selesa dalam kalangan banyak pihak, walaupun ia adalah peruntukan kelayakan yang diterima semua bekas Perdana Menteri sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mengkaji semula akta tersebut.

“Semua kemudahan tersebut telah diperoleh semua bekas Perdana Menteri sebelum saya. Jadi saya buat permohonan sejajar peruntukan sedia ada selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), namun ia masih belum diluluskan.

“Permohonan ini saya buat berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 yang mana ia telah diubah suai diperbaiki oleh bekas Perdana Menteri Kelima, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 2013.

“Bukan maknanya saya minta kerajaan menyediakan RM100 juta untuk saya. Kerajaan minta saya pilih berdasarkan beberapa pilihan, jadi saya pilih lokasi paling sesuai untuk keperluan saya membina rumah dan tanah dipilih pula adalah hak milik tanah kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Najib berkata demikian ketika mengenai isu yang dibangkitkan Dr. Mahathir di Dewan Rakyat semalam.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat, soalan itu lebih sesuai ditanyakan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana ia terletak di bawah kementerian terbabit.

Mengulas mengenai nilai tanah tersebut, Najib berkata, beliau tidak tahu nilai tanah tersebut mencecah sehingga RM100 juta dan terkejut apabila mendapat tahu perkara berkenaan.

“Saya bukan tahu nak menilai harga tanah tersebut, lagi pun tanah itu adalah milik kerajaan sepenuhnya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Najib turut melahirkan rasa kesal kerana isu itu sengaja dibangkitkan serta menjadi sasaran utama propaganda pilihan lawan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung esok. 

Menjawab kepada soalan wartawan, Najib juga mempertimbangkan untuk menggunakan bangunan Yayasan Seri Perdana yang sering digunakan oleh Tun Mahathir setelah penarikan balik permohonannya.

"Dan sekiranya tanah dan kediaman tersebut benar-benar bernilai RM100 juta, saya saran Menteri Kewangan untuk jual.

"Dana RM100 juta yang diperolehi boleh dimasukkan dalam satu tabung khas untuk diberikan sebagai pinjaman tanpa sebarang faedah atau kos perkhidmatan kepada mereka yang sudah lama meminta i-Citra dinaikkan dari RM5k ke RM10k sekiranya Menteri Kewangan masih tidak mahu meluluskan kenaikan had pengeluaran KWSP ini."

"RM100 juta boleh memanfaatkan 20,000 penerima dengan nilai RM5k seorang."katanya di Facebook.

-TunCarlos