PELITUP muka adalah antara peralatan yang wajib dipakai pada era pandemik ini bagi mengelakkan penularan Covid-19.
Susulan itu pelbagai fesyen pelitup muka timbul yang meriah beraneka warna dan gaya.
Namun yang pastinya pelitup muka diperbuat daripada emas juga turut direka dan digayakan oleh golongan hartawan bagi menggambarkan status dan kekayaan mereka.
Seorang ahli perniagaan di Benggal, India pelitup dipercayai menempah pelitup muka tersebut daripada pereka barang kemas Chandan Das.
Foto pelitup muka tersebut kemudian tular di Twitter dikongsikan wartawan Rituparna Chatterjee.
What is the purpose of this? pic.twitter.com/Zy4MqIPNCZ
— Rituparna Chatterjee (@MasalaBai) November 10, 2021
Das difahamkan menyiapkan pelitup muka emas seberat 108 gram itu dalam masa 15 hari.
Harga pelitup muka berkenaan mencecah Rs 5.7 Lakh atau bersamaan RM236,000.
Semasa perayaan ‘Durga Puja’ di Kolkata, ahli perniagaan itu memakai pelitup muka tersebut terbarunya tetapi terpaksa menanggalkannya kerana menerima pelbagai reaksi orang ramai.
Pada tahun 2020, pelitup muka emas milik seorang hartawan, Shankar Kurhade dari Pune menjadi tular. Pelitup muka seberat 60 gram itu mempunyai beberapa lubang kecil yang membolehkan dia bernafas.
-Sinar