Pemandu lori 'cucuk' Kelisa dihentam netizen
PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu mengikut rapat sebuah kenderaan di hadapannya sehingga menyebabkan kenderaan berkenaan hampir melanggar sebuah treler mendapat kecaman orang ramai.
Melalui rakaman kamera papan pemuka berdurasi 32 saat yang dimuat naik di laman Facebook Sukan Star TV itu, dilihat pemilik rakaman tersebut yang dipercayai sedang memandu sebuah lori mengikut dengan rapat Perodua Kelisa yang berada di hadapannya.
Perodua Kelisa itu kemudian bertindak mahu menukar lorong selepas menyedari kenderaan dibelakangnya berada pada jarak terlalu dekat.
Bagaimanapun, tindakan Perodua Kelisa itu yang menukar lorong secara mengejut juga membuatkan kereta itu hampir melanggar sebuah lagi treler yang berada di lorong sebelah kiri lebuh raya berkenaan.
Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati, orang ramai mengecam tindakan pemilik rakaman yang memandu dengan laju di lebuh raya yang mempunyai dua lorong selain menyifatkan tindakannya mengikut rapat kenderaan kecil seperti membuli pemandu berkenaan.
“Lori belakang pecut, himpit kereta. Mana tidak gelabah pemandu. Masing-masing besar, dia kecil. Bawa lori ikut had laju atau tidak?,” kata Zulaiman.
video:
“Ini dinamakan buli di jalan raya. Katanya video asal dari TikTok Kelisa cuba memotong. Jadi tujuan pemandu lori ini apa? Nak tunjuk siapa lagi besar sampai sanggup bahayakan nyawa orang lain?,” soal Schaz.
“Bila kenderaan besar yang tak memikirkan keselamatan yang kenderaan kecil, macam inilah jadinya. Masih nak potong walaupun kenderaan kecil itu terkontang-kanting di tengah. Kalau tengok video, memang jenis ‘pilot’ biadab. Dah buat salah, bangga ‘upload’ video,” kata Areyin.
Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 100,000 kali dan mendapat lebih 900 komen.
– K! ONLINE