KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Datuk Mas Ermieyati Samsuddin sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya parti berkenaan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.
Ia diumumkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat PN pada Khamis.
Mas Ermieyati akan bertanding di Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dan akan ditentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hassan.
-Sinar