Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PRN Melaka: Manifesto belum ada lagi, PN mungkin bentang dalam sehari dua


SHAH ALAM: Tiada manifesto dibentangkan dalam Majlis Pentas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Perikatan Nasional (PN) pada malam ini sebaliknya, hal itu dimaklum akan dibentangkan sehari dua lagi.

Antara perkara yang diketengahkan adalah hal berkaitan tadbir urus kerajaan yang lebih telus dan teratur serta menentang penyalahgunaan kuasa dan segala bentuk rasuah daripada terus bermaharajalela.

Perkara itu dinyatakan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menegaskan calon-calon apabila menjadi wakil rakyat nanti perlu memberikan layanan yang adil dan saksama kepada semua pihak serta tidak meminggirkan kelompok masyarakat tertentu.

“Untuk hendak menunjukkan betapa kita komited dari segi soal perjuangan menentang rasuah, kita sudah sediakan satu aku janji yang nanti saya akan minta kepada semua calon kita untuk menandatangani dalam sehari dua.

“To show our commitment to fight against corruptions. Hal sebegini adalah untuk memberitahu kepada rakyat di Melaka bahawa sebuah kerajaan yang kita harap akan terbentuk pada ataupun selepas 20 November nanti adalah Kerajaan PN Melaka,” katanya ketika berucap dalam majlis itu di sini.

Yang hadir sama, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai.

Dalam pada itu, Muhyiddin menzahirkan keyakinan terhadap pengundi Melaka akan mengundi calon-calon daripada PN kerana mahu melihat perubahan berdasarkan pengalaman kepimpinan yang ada dalam parti.

“Ini berdasarkan pengalaman yang kami ada dalam PN, Tok Guru (Abdul Hadi) pernah jadi Menteri Besar, saya jadi Menteri Besar dan jawatan-jawatan lain yang saya kira banyak ada dalam kalangan kita sebagai pemimpin dalam PN hari ini yang tentunya boleh membantu calon kita.

“Kita mempunyai 28 calon, kalau disenaraikan nama tadi dan gambar sebahagian sebesarnya adalah terdiri daripada anak-anak muda yang berkelayakan tinggi, ada pengalaman, saya yakin dan percaya ini adalah satu perubahan yang dikehendaki oleh orang Melaka,” ucapnya.

-UTUSAN