Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Saya tak pernah tuntut apa-apa selama 22 tahun jadi PM



SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyatakan selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, beliau tidak menuntut dan tidak mendapat apa-apa selain daripada pencen serta RM10,000 sebulan untuk menyelenggara rumah yang didirikan olehnya sendiri.

Bekas Perdana Menteri itu mendedahkan, sebidang tanah di Putrajaya telah ditawar kepadanya secara percuma apabila beliau bersara, tetapi ditolak olehnya.

“Sebaliknya, saya beli tanah di Putrajaya dengan harga seperti yang ditawar kepada penjawat awam apabila bersara. Setiap tahun saya bayar cukai tanah sebanyak RM6,071 dan cukai taksiran sebanyak RM1,792.

“Najib yang menghancurkan negara sehingga menjadi kleptokrasi pula akan diberi RM100 juta tanpa dilulus oleh Parlimen bahkan dirahsia.

“Najib membuat permohonan sedangkan bekas Perdana Menteri lain tidak buat permohonan untuk tanah tertentu. Sama ada kerajaan susulan hendak balas budi atau tidak adalah hak kerajaan,” katanya menerusi tulisan di Facebooknya pada Selasa.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika menggulung perbahasan Bajet 2022 dalam Dewan Rakyat sebelum ini mengesahkan kerajaan menerima permohonan daripada Najib untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta di ibu negara.

"Jelasnya, ia tidak bertujuan untuk memberi kemewahan atau kekayaan kepada bekas Perdana Menteri."

“Perdana Menteri tidak perlu kepada banyak ganjaran selepas bersara kerana pencen, gratuiti dan elaun yang diperoleh lebih dari mencukupi untuk membina rumah sendiri yang selesa. Itu yang saya lakukan,” 

"Jasa seseorang Perdana Menteri boleh dihargai tetapi tidaklah sampai menjadikannya ‘millionaire’."kata bekas Perdana Menteri yang keluarganya mempunyai aset berbillion-billion ringgit itu.

-Utusan/TunCarlos