Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tajuddin bakal dilantik Duta Besar ke Indonesia



9 NOV: Kehadiran Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dalam rombongan lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ke Indonesia, bermula hari ini mengguatkan spekulasi pelantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke republik itu.

Malah, Tajuddin ketika ditanya portal berita BBC portal bulan lalu tidak menafikan atau mengesahkan spekulasi berkenaan.

Bekas pengerusi Prasarana itu bakal dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia dalam tempoh terdekat.

Terdahulu, media melaporkan sumber yang dekat dengan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkenaan mengesahkan mengenai pelantikan Tajuddin dan pengumuman rasmi akan dibuat oleh kerajaan.

Tajuddin yang juga Pengerusi Majlis Penyokong Kerajaan (BBC)  dijangka memulakan tugas sebagai duta besar awal tahun hadapan.

“Tunggu pengumuman rasmi,” kata sumber itu seperti yang dilaporkan Malaysiakini, hari ini.

Spekulasi pelantikan Tajuddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertiup kencang ketika dia turut serta dalam lawatan kerja Ismail Sabri ke Jakarta, bermula hari ini.

Portal berita Indonesia Antaranews bulan lalu turut melaporkan bahawa kerajaan Malaysia dijangka melantik Tajuddin sebagai duta baharu.

Antaranews memetik sumber yang juga setiausaha politik seorang menteri, namun dia mengatakan bahawa kesahihannya perlu dipastikan terlebih dulu.

Pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta ketika dihubungi mengatakan bahawa ia masih lagi khabar angin dan pejabat di Kementerian Luar Negeri Malaysia enggan memberi sebarang komen.

“Tidak ada komentar. Terima kasih,” kata Kementerian Luar Negeri Malaysia.

Sementara itu, sumber kerajaan memberitahu Malaysiakini bahawa Perdana Menteri telah menamakan Tajuddin sebagai duta baharu ke Indonesia.

“Pada asasnya Perdana Menteri telah mengemukakan nama Tajuddin, dan ia hampir pasti melainkan Yang di-Pertuan Agong atau (Presiden Indonesia) Jokowi menolaknya.

“Pengumuman mengenainya akan dibuat beberapa minggu dari sekarang,” katanya.

Pelantikan duta hanya akan dibuat secara rasmi dalam upacara penyerahan Watikah Tauliah Yang di-Pertuan Agong.

Tajuddin bakal menggantikan Zainal Abidin Bakar yang menyandang jawatan itu pada 21 Mac 2019.

-PNBBC