Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tiga ADUN tarik sokongan tewas



MELAKA: Tiga daripada empat Adun yang menarik sokongan terhadap kepimpinan ketua menteri dari BN pada Oktober lalu, sehingga membawa kepada PRN diadakan, tewas hari ini berdasarkan kiraan tidak rasmi.

Norhizam Hassan Baktee yang bertanding sebagai calon bebas gagal mempertahankan kerusi Pengkalan Batu apabila setakat ini hanya meraih 1,218 undi. Kerusi itu dimenangi BN dengan 4,708 undi.

Bekas ketua menteri Idris Haron yang bertanding sebagai calon PKR pula kalah besar di Asahan apabila hanya meraih 1,344 undi. 

Calon BN Fairul Nizam Roslan, yang merupakan muka baru, menang dengan 4,816 undi.

Seorang lagi adalah Noor Azman Hassan yang bertanding di bawah tiket Amanah turut gagal mempertahankan kerusi Pantai kundor apabila meraih 2,799 undi. Kerusi itu dimenangi BN dengan 3,960 undi.

Seorang lagi wakil rakyat yang menarik sokongan iaitu Noor Effandi Ahmad pula tak bertanding kali ini.

-Mkini