KUALA LUMPUR – Sekitar 143 UMNO Bahagian di seluruh negara mengusulkan agar PRU15 diadakan dengan segera dan menyokong agar Pemilihan UMNO diadakan selepas PRU15.
Jawatankuasa Usul Perhimpunan Agung Umno harus membawanya kepada Perhimpunan Agung Umno 2021 bagi dibahas dan diputuskan usul ini berikutan jumlah usul yang begitu besar.
Jumlah Umno Bahagian yang mengusulkan perkara ini dilihat senada dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan beberapa kali memberi isyarat bahawa PRU-15 harus diadakan dengan segera.
Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian 2021 yang berlangsung hari ini dan semalam adalah sebahagian daripada kewajipan tahunan yang disyaratkan oleh Akta Pertubuhan dan merupakan agenda penting sebelum Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2021 yang akan dilangsungkan pada Januari 2022.
Menurut sumber, kesemua 143 Umno bahagian menolak supaya Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri berkhidmat sehingga tamat tempoh pada 2023.
Umno mempunyai 191 bahagian di seluruh negara.
Pengerusi Jawatankuasa Usul PAU 2021 dijangka akan mengumumkan usul-usul yang akan dibawa untuk perbahasan dalam masa beberapa hari lagi.
Perhimpunan Agung Umno 2021 akan berlangsung dari 13-15 Januari 2022.
Sekiranya usul ini tidak diluluskan oleh PAU ia akan memberi satu ketidakstabilan politik kepada negara sehingga PRU akan datang kerana Kerajaan hari ini bukan kerajaan majoriti 2/3
Kesan dari ketidakstabilan politik ini juga hingga menyebabkan baru-baru ini PM Ismail Sabri terpaksa melakukan "kerjasama politik" dengan Ahli Parlimen pembangkang.
-TunCarlos.com