Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

4 mayat ditemui lemas di Taman Sri Muda



SHAH ALAM: Empat mayat mangsa lemas ditemui di kawasan Taman Sri Muda di sini, awal pagi tadi menjadikan keseluruhan tujuh kematian akibat banjir di Selangor dilaporkan setakat ini.

Difahamkan, dua mayat terbaru ditemui kira-kira jam 1 pagi tadi, manakala mayat ketiga ditemui kira-kira jam 5 pagi oleh orang awam dan pasukan bomba yang terbabit dalam misi mencari dan menyelamat.

Setakat ini, identiti semua mangsa lelaki itu masih belum diperoleh dan menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, ketika dihubungi mengesahkan penemuan ketiga-tiga mayat itu dan berkata semua mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam untuk tindakan selanjutnya.

Malam tadi, mayat seorang lelaki dipercayai lemas ditemui di jalan utama ke sebuah pangsapuri di Seksyen 22 di sini.

Mayat lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an itu ditemui orang awam sekitar jam 7.50 malam.

Di Dengkil pula, seorang lelaki ditemui lemas selepas kediamannya di Blok C, tingkat bawah Flat Taman Pertama dinaiki air akibat banjir pagi tadi.