PETALING JAYA: Seramai 65 pelajar Sekolah Berasrama Penuh Seri Puteri, Cyberjaya telah didapati positif Covid-19.
Menurut Twitter Radzi Jidin Comms, sebuah pasukan komunikasi Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin, mereka terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan dua di sekolah berkenaan.
“Ini merupakan kali pertama sekolah itu kena kes sebanyak ini. Doakan dipermudahkan segala urusan,” jelasnya.
Radzi sudah berada di sekolah itu bagi mendapatkan maklumat terperinci. Menurut beliau, semua pelajar tersebut telah dijangkiti oleh 2 orang guru sekolah itu.
Berikut adalah video penjelasan berkaitan hal ini:
-TunCarlos.com