Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Banjir melimpah di Federal Highway, kesesakan lebih 15 KM



SHAH ALAM – Limpahan banjir Sungai Klang menyebabkan kesesakan teruk di Lebuh Raya Persekutuan lebih 15 kilometer.

Insiden limpahan itu dikatakan berlaku kira-kira 2 petang tadi di susur batu tiga di sini dengan menyebabkan jalan terpaksa ditutup demi keselamatan pengguna.

Hasil tinjauan Kosmo! mendapati beberapa buah kenderaan termasuk lori cuba mengharungi banjir tersebut.

video:

Seorang pengguna, Nurul Nazri Norrizan, 33, mengakui terkejut dengan insiden tersebut yang ketika itu sedang menuju ke Petaling Jaya.

“Saya dari rumah adik di Pendamar, Klang yang merupakan antara lokaliti banjir.

“Ini sudah dua jam saya berada di tepi jalan lebuh raya ini,” katanya kepada Kosmo! hari ini. 

– K!ONLINE