KUALA LUMPUR, 12 Dis – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memutuskan untuk melanjutkan tempoh diskaun pembayaran saman sehingga 31 Disember ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pelanjutan itu adalah bagi memberi ruang kepada lebih ramai pesalah trafik melunaskan saman tertunggak mereka.
“PDRM telah memutuskan untuk memberi peluang kepada rakyat menyelesaikan kesemua saman-saman tertunggak mereka dengan kadar yang sama sehingga 31 Disember ini,
“Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, orang ramai tidak perlu hadir program ini (100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia) semata-mata untuk menjelaskan saman tersebut,
“Orang ramai boleh ke semua kaunter trafik di seluruh negara. Pelaksanaan ini juga dibuat agar orang ramai tidak menyerbu kaunter-kaunter saman yang dibuka di seluruh negara,
“Setakat ini sebanyak 2.3 juta saman sudah diselesaikan oleh orang ramai,” katanya pada sidang media di program tersebut hari ini.
Sebelum ini pengurangan kompaun saman trafik sehingga 80 peratus diberikan bersempena Program 100 Hari AKM yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Namun, sambutan yang diterima daripada masyarakat begitu menggalakkan sehingga berlaku kehadiran luar biasa warga kota.
-airtimes.my