Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Fazley Yaakob akhirnya tersingkir dari Gegar Vaganza 8



KUALA LUMPUR: Datuk Fazley Yaakob menjadi peserta kedua tersingkir dari program Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) yang berlangsung pada Ahad malam.

Pada minggu keempat bertemakan Berdiri Bulu Romaku, Fazley yang menyanyikan lagu dendangan asal Datuk Hattan, Mahligai Syahdu, memperoleh markah terendah iaitu 50 peratus.

Adibah Noor yang menyanyikan lagu Jika pula muncul peserta dengan markah tertinggi iaitu 78.1 peratus.

Terdahulu, di awal konsert Shidee diumumkan sebagai pemenang Anugerah Betul-Betul Luar Biasa Digi manakala Bintang Cuckoo Paling Gempak pula dimenangi Saiful Apek dan Yasin (SAYA), buat kali ketiga berturut-turut.

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9 malam.

GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap.

-Hmetro