Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Laporan polis terhadap individu viral gambar tangkapan Long Tiger -KP Johor


Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihak polis Johor telah membuat laporan polis di atas penyebaran gambar  Long Tiger yang ditangkap oleh pihak polis, dimana ianya boleh mengganggu siasatan dan operasi susulan yang sedang dijalankan. 

Pihak polis johor memandang serius berkaitan dengan kes ini dan tindakan tegas akan diambil dan siasatan dijalankan dibawah peruntukan seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM50k dan penjara tidak lebih dari setahun atau kedua-duanya sekali. 

"Orang awam dinasihatkan agar tidak memviralkan benda-benda yang melibatkan operasi polis."

"Saya telah mengambil tindakan terhadap pegawai polis atau orang awam yang memviralkan maklumat2 sulit ataupun gambar-gambar operasi yang diperolehi dalam facebook. 

"Setakat seorang individu suspek, pemilik facebook Jebat JD yang memviralkan gambar tangakapan dalam facebooknya, kami telah pun buka siasatan bawah sekseyn 233,  akta komunikasi dan multimedia. Kita dah kenal pasti suspek ini berusia 43 tahun, berasal dari Klang, bekas anggota polis. "

"Yang kedua saya dah ambil tindakan terhadap seorang pegawai polis berpangkat koperal dan seorang senior assistant  commisioner yang menyebabkan kebocoran maklumat arahan saya tempoh hari, 16 haribulan." 

"Itu yang saya katakan, sama ada orang awam, anggota polis, yang terlibat memviralkan benda-benda sulit, saya akan ambil tindakan "ujar beliau dalam satu sidang media hari ini,

- Ketua Polis Johor