Usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli tampil membidas kenyataan yang diberikan oleh bekas majikannya, Datuk Seri Vida (DSV) mengenai bayaran gaji sebanyak RM50,000 ketika berkhidmat sebagai pembantu peribadi (PA) kepada jutawan kosmetik itu.
Hanya Mendapat RM1,400 Sebagai Gaji Awal
Menerusi Insta Stories, Iqbal mendedahkan kenyataan yang diberikan oleh DSV mengenai gajinya adalah tidak benar dan hanya mendapat RM1,400 sebagai permulaan gaji
Tambahnya, dia turut berpendapat DSV sepatutnya mengambil PA dikalangan wanita yang kini serba mengetahui pelbagai perkara.
Malah, dia turut memerli sinis DSV mengenai tujuannya ingin mengambil PA lelaki.
Dalam pada itu, Iqbal turut merayu agar DSV menghormati kehidupan baharunya di Indonesia kerana kenyataannya usahawan mengenai perihal gaji hanya akan mendatangkan fitnah.
-MalaysiaTimes