Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kereta rosak akibat banjir, ini sebab kenapa insurans tak cover



KERETA ROSAK SEBAB BANJIR, NAK CLAIM TAPI INSURANCE TAK COVER.

Kenapa pihak insuran tak cover? 

So better aku cerita kat sini biar semua orang faham...

Sebenarnya masa nak renew insurance/roadtax,  korang perlu tambah cover:

"Special Perils Cover"

Special Perils ni dia cover kalau kereta rosak sebab banjir (flood), pokok tumbang (typhoon) dan rosak akibat tanah runtuh (landslide)

Ingat, kalau insurance biasa (basic) yang korang beli tu memang insurance takkan cover kalau banjir. Hanya cover kemalangan (own damage & 3rd party) 

Korang merayu menangis macam mana pun bahagian Claim Department takkan layan. 

KENAPA PIHAK INSURANCE ATAU AGEN TAK BAGITAU KENA COVER UNTUK BANJIR?

Kalau diorang bagitau pun kebanyakkan customer tak nak cover..

Sebabnya "Special Perils" ni harganya dikira 0.5% daripada jumlah Sum Insured (market value kereta)!!  Bukan dari jumlah PREMIUM (bayaran insuran). 

contoh:
Honda Accord 2019= RM90k Sum insured 
Special Perils 0.5% = RM450

Maknanya kalau total (Premium) insuran korang harga RM900, bila tambah Special Perils (RM450) korang kena bayar total RM1350 (belum campur r/tax lagi) 

Mahal ke murah?

Sebab tu aku cakap, kebanyakkan orang kalau agen insurance tanya:
"Nak tambah Special Perils cover tak untuk banjir?"

Mostly client akan jawab "takpalah, tempat saya jarang banjir..."

So, kreta yg tiada cover Special Peril's dah tenggelam dalam banjir nak buat mana?? 

Terpaksa lah repair sendiri.. kena full overhaul😓

Lepas ni nak tak nak, orang2 Selangor KL kena tambah cover Special Perils ni.

Akhir kata, hubungilah agen2 insurans anda yang terdekat utk maklumat lebih lanjut.

-Tun Carlos