Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib boleh kembali jadi Perdana Menteri, kata Tun M



Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas Perdana Menteri berpendapat bahawa Najib Razak masih berpeluang untuk kembali sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Memetik laporan Malaysiakini, Mahathir berkata ia susulan keputusan mahkamah yang membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan hukuman penjara, denda dan sabitan terhadap kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.

Beliau dalam tulisan terbarunya di blog hari ini mengulas, “Jika ia menang dan sekali lagi jadi ahli Dewan Rakyat, apakah ia boleh jadi perdana menteri juga.

Najib masih boleh kembali jadi PM, kata Tun M

“Undang-undang tidak berkata ia tidak boleh. Jika undang-undang tidak berkata tidak boleh, maka mengikut undang-undang tentulah ia boleh,” katanya.

“Alhamdulillah. Malaysia mungkin buat rekod sekali lagi kerana banduan dianugerah jawatan perdana menteri.”

Mahathir mengeluarkan kenyataan tersebut selepas tiga hakim Mahkamah Rayuan sepakat mengekalkan sabitan bersalah ke atas Najib yang dibuat Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

Panel hakim terbabit – dipengerusikan Abdul Karim Abdul Jalil – juga sebulat suara mengekalkan hukuman yang ditetapkan ke atas Najib.

Bagaimanapun pandangan Mahathir tidak selari dengan pihak lain. Menurut seorang peguam, New Sin Yew berpendapat harapan Najib untuk mempertahankan kerusi parlimen Pekan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sukar.

Katanya, Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan individu yang dijatuhi hukuman penjara setahun atau lebih, atau denda RM2,000 atau lebih, hilang kelayakan sebagai ahli parlimen.

Najib hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi.

Mahathir yang juga anggota Parlimen Langkawi mengulas lanjut, oleh kerana ia tidak bercanggah dengan undang-undang, Najib tidak akan menjalani hukuman kerana membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

“Ini hak hakim. Belum pernah ada kes sebesar jenayah yang dilakukan oleh Najib. Ia adalah satu rekod dunia, mengikut Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat.

“Orang yang didapati bersalah kecil pun tidak pernah mendapat stay of execution seperti ini. Najib mungkin terpaksa tunggu sampai setahun atau lebih sebelum kesnya sampai ke Mahkamah Persekutuan,” ujarnya.

-gemilangdaily