Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib difitnah tak kuarantin dan tipu mahkamah hanya kerana kereta berderet depan rumah



Datuk Seri Najib Razak hari ini gagal hadir ke Mahkamah Rayuan bagi mendengar prosiding permohonannya berhubung kes rasuah SRC International Sdn Bhd (SRC) dan memberi alasan menjadi kontak kasual pesakit Covid-19.

Bagaimanapun, timbul persoalan kebenaran sama ada bekas Perdana Menteri (PM) itu sedang menjalani kuarantin kendiri seperti didakwanya atau sekadar mencari alasan untuk mengelak daripada menghadiri hari penentu esok.

Terkini, Najib berkongsi satu hantaran Facebook mengadakan majlis bacaan Yasin di kediamannya di Langgak Duta.

Dalam hantaran tersebut, Najib berkata terpaksa mengadakan majlis secara maya kerana sedang menjalani kuarantin dan tidak dapat bersama dengan tetamu lain.

Namun, tular dalam media sosial beberapa gambar berserta video selepas hantaran yang dikongsi Najib terdapat deretan kereta di depan kediamannya sehingga ke bahu jalan malam ini.

Persoalan yang ditimbulkan oleh portal milik parti Amanah dan juga cybertrooper PH

Sekurang-kurangnya 20 biji kenderaan dilihat berada di depan rumah Najib, terdapat juga kelibat beberapa orang memasuki kediamannya menerusi video yang tular tersebut.

Jika Najib sedang menjalani kuarantin kendiri, bagaimana pula boleh orang ramai berkumpul di kediamannya malam ini walhal ia tidak sepatutnya berlaku? soal mereka.

Najib kuarantin dan solat di lokasi berlainan dengan jemaah lain 

Rupanya jemaah yang hadir solat di lokasi berbeza dengan Najib.

Menurut peguam Najib ketika di hadapan hakim siang tadi, beliau sedang kuarantin di kediaman dekat Pavillion.

Upacara solat itu dibuat secara video online.

Gambar tersebut dimuat naik sendiri oleh anak Najib iaitu Yana Najib di Instagram.