Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Perdana Menteri tambah lagi seorang Pegawai Khas baru



Semalam Ismail Sabri, PM Malaysia ke-9 bersama-sama barisan anggota kabinetnya meraikan sambutan Karnival 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Dalam ucapannya sempena sambutan tersebut, Ismail melahirkan rasa bangganya selepas barisan anggota kabinetnya berjaya mencapai sasaran 90% kejayaan 100 hari pentadbiran kerajaannya.

Karnival yang diadakan selama 4 hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu bermula petang semalam walaubagaimanapun dicemari dengan insiden pelanggaran SOP oleh para menteri dan audien yang hadir.

Sementara itu, Ismail dilaporkan telah pun melantik seorang lagi pegawai khas baru.

Berita pelantikan tersebut tular di kalangan pengguna media sosial lewat malam tadi dengan menyebut nama Ammielyya Jusnieza Ahmad Jafri sebagai individu yang telah dilantik sebagai Pegawai Khas mengkhususkan kepada Belia.


Dia yang merupakan Exco Persatuan Belia-Belia Kebangsaan Malaysia (MAYC) dan juga Naib Pengerusi 1 MAYC Negeri Sembilan dan pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Belia bagi DUN N14 Ampangan, Negeri Sembilan selama 3 tahun bermula 2013.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Politik dan Kerajaan di UIAM, Ammielyya menjawat jawatan terakhir sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Akedemi Sains Malaysia sebelum dilantik ke jawatan baru tersebut.

Selain itu Ammielyya juga pernah berkhidmat untuk Ismail dalam beberapa kementerian yang diketuai beliau selama menjadi anggota kabinet kerajaan persekutuan.

-NegaraMerdeka