Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PRN Sarawak: GPS raih majoriti bentuk Kerajaan negeri


KUALA LUMPUR: Keputusan pengiraan awal menunjukkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya meraih majoriti mudah, 42 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.

Setakat berita ini ditulis, daripada 82 kerusi yang ditandingi, sekurang-kurangnya 48 kerusi memihak kepada GPS.

Secara rasmi, GPS telah menang enam kerusi antaranya di Balai Ringin, Beting Maro, Asajaya dan Gedong.

Kami akan terus membawa perkembangan terkini daripada semasa ke semasa berkenaan pengiraan dan penjumlahan undi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.

-awani