Najib masih bebas dengan jaminan RM2 juta selepas Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi membenarkan permohonan peguam belanya untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman.
Mahkamah turut mengekalkan syarat-syarat yang dikenakan terhadap Najib sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi iaitu pasport perlu diserahkan ke mahkamah dan perlu lapor diri ke balai polis berdekatan dua kali sebulan.
Walaupun begitu, Najib masih kekal sebagai Ahli Parlimen Pekan dan masih layak untuk bertanding di dalam Pilihanraya Ke-15.
Rata-rata pendangan di luar mahupun di media sosial menyambut baik berita ini kerana bagi mereka bekas Perdana Menteri itu sajalah yang seringkali ingat dan selalu memperjuangkan isu rakyat terutama golongan B40 dan miskin samada di Parlimen mahupun di media sosial walaupun sudah tidak lagi mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan.
Terdahulu, Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan tersebut selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat.
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara memutuskan untuk mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta selepas menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Hakim-hakim tersebut juga telah menolak penemuan bukti terbaru yang diperdengarkan semula di mahkamah rayuan oleh pihak pembelaan kelmarin.
Rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan adalah peluang terakhir Ahli Parlimen Pekan itu untuk membatalkan semua sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.
-TunCarlos