Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wanita kahwini pokok tidak bercadang untuk bercerai, 3 tahun masih bahagia



LONDON – Seorang wanita Britain yang mengahwini sebatang pokok dalam satu upacara unik menyatakan bahawa cinta dia dan ‘suaminya’ masih teguh malah tidak pernah bercadang untuk bercerai selepas bersama selama tiga tahun, lapor akhbar Daily Star semalam.

Malah wanita berkenaan, Kate Cunningham yang menetap di Merseyside, England, telah menukar nama keluarganya kepada Elder sempena nama pokok tersebut dan kini dikenali sebagai Kate Elder. 

Wanita itu berkahwin dengan pokok Elder pada tahun 2019.

Wanita itu berkata, walaupun perkahwinan mereka sudah memasuki usia tiga tahun, cinta dia dan suaminya masih teguh dan semakin kukuh menjelang sambutan Krismas pada bulan ini.

“Orang ramai masih bertanya sama ada perkahwinan ini berjaya mengubah kehidupan saya menjadi lebih baik. Ya, semestinya!

“Adakah saya masih mencintai pokok itu? Jawapannya adalah Ya, saya mencintainya,” kata Kate.

Wanita yang merupakan seorang bekas guru itu melawat ‘suaminya’ sehingga lima kali dalam tempoh seminggu. Dia juga menghiasinya dengan dekorasi Krismas.

“Ini adalah sambutan Krismas ketiga untuk kami, jadi saya berada seperti satu tradisi untuk menghiasinya. Saya sungguh tertarik dengan pokok ini terutamanya ketika sinaran matahari pada bulan Disember,” katanya.

Kate, 37, bagaimanapun dikatakan berlaku curang terhadap ‘suaminya’ apabila dia mempunyai seorang teman lelaki yang juga seorang manusia. 

Menurutnya, suaminya reda tidak marah dengan hubungan tersebut. 

– Agensi