Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Janji ditepati, 447 peneroka Felda di Perlis dapat hak milik tanah


Padang Besar: Penantian selama 44 tahun oleh 447 peneroka dari Felda Chuping di sini untuk mendapatkan geran hak milik tanah mereka berakhir hari ini.

Kesemua mereka menerima geran berkenaan daripada Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man pada majlis penyerahan di Dewan Felda Chuping.

Seorang peneroka, Hamid Ali, 75, berkata beliau bersyukur atas keprihatin kerajaan yang peka terhadap masalah dan nasib mereka.

"Alhamdulillah, akhirnya perjuangan kami (peneroka) untuk mendapat hak milik tanah yang diusahakan selama 44 tahun tercapai walaupun ramai yang sudah tiada (meninggal dunia) ia (hak milik tanah) dapat diwarisi anak-anak mereka," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.



Hamid yang mesra dengan panggilan Pak Ngah turut menyifatkan penerimaan geran itu amat bermakna selepas memutuskan untuk tidak lagi menjadi nelayan pada ketika itu dan beralih sebagai peneroka.

Izan Asmawi Hamidan, 41, berkata hari ini adalah detik bersejarah bagi peneroka Felda tersebut apabila secara rasmi menerima hak milik tanah.

"Sebagai generasi kedua saya rasa bertuah kerana dapat meneruskan legasi keluarga dan akan terus usahakan tanah yang diberi kerajaan ini," katanya.

Sementara itu, Azlan berkata proses pemberian geran itu mengambil masa yang lama kerana melibatkan tanah melebihi 2,000 ekar (809 hektar).

"Mereka (peneroka) sudah meneroka sejak 1978. Sebelum ini kita berjaya serahkan geran kepada peneroka Felda Rimba Mas dan Felda Mata Ayer pada 2017," katanya.

-Hmetro