PETALING JAYA: Gara-gara Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) hari ini melancarkan kutipan orang ramai bagi membantu parti itu menghadapi dan memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, mereka menerima kecaman di laman media sosial twitter.
Menerusi hantaran di laman Twitter hari ini, Presidennya, Syed Saddiq Syed Syed Abdul Rahman berkata, orang ramai boleh membantu parti dengan memberi sumbangan atau menjadi sebahagian daripada anggota sukarelawan pada pilihan raya negeri itu.
“Ini adalah permulaan kami. Bantu parti muda untuk menang PRN Johor 2022.
“Menderma atau menjadi sebahagian daripada pasukan sukarelawan untuk pilihan raya ini. Semua perbelanjaan akan ditunjuk secara terbuka,” katanya.
Melihat komen-komen dan juga tweet di posting tersebut, hampir 90% netizen yang rata-ratanya anak muda yang selama ini menyokong mereka menyatakan pendapat tidak bersetuju dan sudah mula mengkritik tindakan meminta kutipan orang ramai demi kepentingan politik parti itu.
Rata-rata yang menyokong mereka selama ini hanya mahu menderma sekiranya hanya untuk tujuan kebajikan sahaja, bukan untuk tujuan politik.
Berikut adalah tangkap layar sebahagian komen yang mengkritik tindakan MUDA: