Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lelaki tempatan cuba bunuh diri terjun dari Menara KL


Jabatan Bomba Kuala Lumpur dilaporkan telah menyelamatkan seorang lelaki dari cubaan membunuh diri di Sky Deck Menara Kuala Lumpur, petang tadi.

Menurut Bernama, kejadian seperti itu pertama kali berlaku di bangunan ikonik tersebut.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian itu kira-kira pukul 5.11 petang, lapor Kosmo.

“Seramai 25 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba Dan Penyelamat Hang Tuah dan Pudu telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya dilokasi, lelaki berusia 21 tahun tersebut telah berdiri di hujung bangunan Sky Deck, Menara Kuala Lumpur yang berketinggian 300 meter dipercayai cuba membunuh diri,” katanya memetik laporan Kosmo.