Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Posting palsu, Najib arah peguamnya saman Adam Mukhriz dan MP Kangar



KENYATAAN NAJIB RAZAK:

Setelah membaca komen-komen dalam posting saya dan posting Ahli Parlimen PH Kangar berhubung fitnah "Selamat jalan?", saya telah arahkan peguam saya untuk mulakan proses saman fitnah terhadap Ahli Parlimen PH tersebut dan seorang pembantu Atuk sekiranya mereka tak padam posting dan mohon maaf secara terbuka hari ini.

(Pembantu Atuk Adam Mukhriz ini akan disaman juga sebab Ahli Parlimen PH itu beri alasan dia petik posting dia dari tweet Adam.)

Sukar untuk percaya bahawa pada masa Atuk sakit, dorang masih mampu mainkan fitnah sebegini hanya sebab nak politik?

Dorang tuduh saya, saya nafi. 

Lalu dorang suruh saya tunjuk activity log FB saya untuk buktikan saya tak post "Selamat jalan?", saya tunjukkan.

Tapi dorang masih tak mahu minta maaf.  

Ada yang kata activity log boleh edit. Tak mahu percaya.

Pelik, activity log boleh edit tapi screenshot tak boleh edit ke?

Sebab itu, saya saman kedua-dua supaya peguam saya boleh tunjukkan activity log original kepada mereka dalam mahkamah bagi memuaskan hati mereka.

Sebarang pampasan yang diterima akan saya beri sebagai bantuan kepada Rakyat.


sumber: FB Najib Razak