Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini telah mempersoalkan tentang harga pelekat RFID yang perlu dibayar oleh orang ramai untuk melalui tol lebuhraya.
"Kos sticker RFID pasif biasanya bawah RM1 sekeping. Jadi, kenapa pula dijual pada harga RM35?"soal Najib di Facebook beliau.
"Dan adakah syarikat Touch N Go atau PLUS akan memberi rebat bagi pemilik Smartag yang tidak berfungsi lagi sekiranya plaza tol beralih sepenuhnya kepada sistem RFID?
Tangkap layar harga pelekat RFID di Shopee yang dikongsi Najib di Facebook |
"Syarikat Touch ‘n Go dimilik Bank CIMB, Ant Group dari China, syarikat insurans AIA Group dari USA dan firma pelaburan Bow Wave Capital dari New York.
"Pada ingatan saya, sticker RFID sepatutnya diberi percuma kepada setiap pelanggan Touch N Go sebab kosnya rendah dan ianya memang percuma dari tahun 2018 hingga Feb 2020.
Bermula 15 Feb 2020, ianya dijual pada harga RM35 sekeping pula."ujar Najib.
-TunCarlos.com