Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pengeluaran KWSP tindakan tak bermoral dan memalukan, kata Kadir Jasin


Penyokong kuat Tun Dr Mahathir, A Kadir Jasin menyifatkan usaha supaya membenarkan Pengeluaran i-Citra RM10,000 wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mereka yang terjejas dalam bencana banjir baru-baru sebagai tindakan tidak bermoral.

Malah katanya, tidak ada hujah ekonomi dan moral untuk membolehkan pencarum supaya berbuat demikian.

“Ini adalah simpanan hari tua bukan simpanan atau pelaburan biasa.

“Kerajaan sepatutnya menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada rakyat dan bukannya memaksa mereka mengali wang simpanan persaraan mereka.

Menurut Kadir, adalah tidak bertanggungjawab, tidak bermoral dan memalukan jika kerajaan memaksa pencarum KWSP menggunakan apa sahaja baki simpanan persaraan mereka dan kemudian mendakwa ia sebagai bantuan kerajaan.

“Dasar itu akan menghantui Malaysia dalam masa terdekat apabila negara beralih daripada status negara yang penduduknya meningkat tua (ageing nation) kepada status negara penduduk tua (aged nation) menjelang 2030,” katanya.

Isu pengeluaran khas i-Citra RM10,000 secara sekali keluar itu terus hangat oleh pemimpin Umno seperti presidennya, Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki serta bekas perdana menteri, Najib Razak.

Mengulas lanjut, Kadir berkata adalah dianggarkan lapan daripada setiap 10 ahli KWSP akan bersara dalam kemiskinan.

“Simpanan purata bagi kumpulan 40 peratus terbawah (B40) berkurangan sebanyak 61 peratus kepada hanya RM1,000 dan simpanan purata kumpulan pertengahan yang dianggarkan berjumlah 40 peratus (M40) pula susut sebanyak 17 peratus kepada RM24,000.

“Kerajaan, pencarum dan majikan mereka harus mencari jalan untuk mengembalikan sekurang-kurangnya sebahagian daripada jumlah yang dikeluarkan.

“Menteri Kewangan sepatutnya berasa malu kerana mengambil jalan pintas yang mahal ini,” katanya lagi.

-Mkini