KENYATAAN AHLI PARLIMEN KANGAR, AMIN AHMAD:
Semalam DS Najib Razak telah tinggalkan komen di FB saya untuk tunjukkan log aktiviti FB beliau yang membuktikan status FB yang dikongsikan oleh saya daripada sumber asal yang diambil daripada Twit pembantu Tun M tidak benar.
Saya ada meninggalkan komen membayangkan status tersebut ditulis oleh cytro yang menjaga akaun FB beliau kerana mustahil beliau sendiri akan tulis begitu.
Setelah dibuktikan status tersebut tidak benar, saya akui kesilapan saya berkongsi cuplikan layar tersebut dan menurunkan cuplikan layar tersebut daripada perhatian umum.
Saya akui ini kekhilafan saya kerana didorong rasa geram bila komen sedemikian boleh dibuat terhadap orang sakit, walaupun berbeza pandangan politik.
Justeru itu saya meminta maaf atas kekhilafan tersebut.
sumber: FB Amin Ahmad