PETALING JAYA: “Min (admin) tak nak padam ke? Nak sangat saya saman?”
Demikian amaran dikeluarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ruangan komen mengenai hantaran individu yang mendakwa beliau ada membuat hantaran di Facebook tertulis: “Selamat jalan?”
Hantaran itu didakwa mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).
Dalam ruangan komen terhadap kenyataan Najib itu, ramai yang mahu beliau menyaman pihak yang membuat hantaran palsu berkenaan.
-Utusan