Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Akar umbi pembuat keputusan parti -Zahid


KENYATAAN PRESIDEN UMNO:

Selepas PRU-14 berakhir musuh-musuh UMNO berusaha menamatkan sepenuhnya riwayat parti terbesar orang Melayu ini.

Sehingga ke tahap Presidennya diugut dan digertak supaya UMNO dibubarkan atau akan menanggung akibat.

Sebilangan pemimpinnya yang lemah dan goyah ditawar keselesaan, jawatan atau kedudukan untuk melompat parti.

Kemudian menghasut ahli UMNO konon parti itu sudah tiada masa depan dan memujuk supaya menyertai mereka.

Muslihatnya agar UMNO bertambah lemah seusai tewas PRU-14 dan lama kelamaan musnah sendiri.

Seterusnya mereka berusaha menggunakan saluran undang-undang untuk UMNO diisytiharkan parti yang tidak sah.

Syukur ke hadrat Ilahi UMNO berjaya mendepani segala perancangan buas itu dengan bijaksana dan bangkit menentang.

Selepas menyedari kesemua usaha mereka tidak berhasil, UMNO cuba pula dikawal supaya menuruti kehendak.

Perancangan licik itu juga tidak kesampaian, malah UMNO semakin mara ke hadapan selangkah demi selangkah.

Alhamdulillah begitu teguh jati diri UMNO dan tidak sesekali berganjak daripada kebenaran walau ditekan dengan maha hebat.

Rahmatnya sangat ketara apabila UMNO semakin berpadu, BN kembali diyakini rakyat dan menang besar PRN Melaka.

Faktor utama kepada kekuatan dan kebangkitan UMNO itu kerana kemuafakatan para ahlinya di peringkat akar umbi.

Sememangnya UMNO milik akar umbi, manakala barisan pimpinannya selaku pemegang amanah.

Telah terbukti sinergi ketetapan akar umbi UMNO yang kemudian diterjemahkan pimpinannya adalah tepat.

Justeru Presiden UMNO dan barisan pimpinan sedia ada tidak akan sesekali berpaling dan mengabaikan suara akar umbinya.

Biarlah resmi UMNO ini cuba 'didalilkan' sebagai berorientasikan barat selagi tidak menyanggah hukum Allah S.W.T.

UMNO akan terus mendengar suara akar umbi apatah suara rakyat seperti yang tersemat dalam sejarah panjang perjuangannya.

#umnobersamarakyat
#umnomilikakarumbi
#umnosebuahmuafakat