PETALING JAYA – Kerajaan akan memberi kaunseling untuk membantu seorang pesakit Bipolar Disorder mendalami agama Islam selepas dia dikatakan berjumpa dan berbual dengan Nabi Muhammad SAW ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, wanita itu dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan yang sesuai dengan dirinya.
“Namun, bagi mereka yang tidak mempunyai masalah kesihatan mental sepatutnya belajar dengan sumber benar kerana ilmu semakin luas dan boleh dipengaruhi pihak tidak bertanggungjawab sehingga terpesong akidah.
video:
“Jika ada perkara berkaitan seperti ini, jabatan agama akan panggil mana-mana individu untuk diberikan kaunseling,” ujarnya
Idris mengulas mengenai seorang wanita yang tular selepas dia membuat video secara langsung menceritakan pengalamannya bertemu Nabi Muhammad di Raudhah, Masjid Nabawi, Madinah ketika mengerjakan umrah.
Di dalam video yang berlainan, wanita itu juga mendakwa Nabi datang ke bilik hotelnya dan duduk di atas sofa ketika sedang buat video secara LIVE. Wanita tersebut juga mendakwa hanya dia sahaja yang nampak Nabi ketika waktu tersebut.
Video itu mendapat pelbagai reaksi orang ramai sehingga memaksa ahli keluarganya menjelaskan bahawa wanita itu menghidap penyakit ‘Bipolar Disorder’.
Susulan perkongsian itu, orang ramai berhenti mengecam wanita tersebut setelah mengetahui berita bahawa dirinya mempunyai penyakit mental telah tersebar.
– K! ONLINE