Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Zafrul mahu perkenal semula GST, Najib risau Muhyiddin turun ke jalan raya



KENYATAAN NAJIB:

Menteri Kewangan mahu GST diperkenalkan semula selepas ekonomi pulih sebab:

- GST lebih efisien
- boleh lawan ketirisan dan penipuan cukai - terutamanya dari ekonomi gelap 
- harga barangan bawah cukai SST dengan GST adalah sama. SST tak turunkan harga barang.

Tapi saya harap Menteri Kewangan akan ajar sikit bekas boss dia itu sebab bimbang PM8 Muhyiddin Yassin akan turun ke jalan raya lagi untuk bantah GST bagi menipu Rakyat.

Sistem GST yang memantau harga di setiap peringkat rantaian bekalan boleh juga memainkan peranan untuk mengesan dan mengenalpasti kenaikan harga barang melampau.



Selain itu, GST juga membendung masalah aliran keluar dana haram akibat pengimport dan pengeksport memanipulasi harga untuk mengelak cukai sebab negara. Geng PH sering mempermainkan isu ini tapi mereka juga yang batalkan satu-satunya cara untuk melawan kegiatan  "trade mispricing" ini.

Itulah antara sebab hampir kesemua negara-negara jiran kita sudah melaksanakan GST.

Sumber: FB Najib Razak