Menurut penganalisis pilihanraya tempatan, jawatan pengerusi Barisan Nasional yang disandang Zahid Hamidi sewajarnya diserahkan kepada YAB Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri.
Ini sebagai langkah permulaan dan bukti untuk ditunjukkan kepada rakyat bahawa UMNO BN begitu serius di dalam isu integriti berbanding dengan parti politik yang lain.
Tiada cacatnya maruah seorang presiden parti menyerahkan jawatan tersebut kerana amalan ini sudah lama diamalkan oleh pemimpin besar UMNO. Apatah lagi jawatan tersebut adalah hasil dari konsensus pemimpin dari parti komponen Barisan Nasional.
Pilihanraya umum ke 15 bakal mendepani dimensi baharu. Pola pemikiran pengundi orang muda yang pertama kali layak memilih perlu diberi perhatian khusus.
Mereka bukan boleh dipaksa oleh ibubapa mereka. Jumlah pengundi muda sekitar 4 juta orang dan ini bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan oleh UMNO BN di PRU ke 15 nanti.
47 kes pembelaan diri Zahid juga antara perkara yang perlu diberi perhatian segera kerana UMNO dan BN bakal menghadapi pilihanraya umum yang amat penting, antara hidup dan mati UMNO BN selepas kalah teruk di PRU ke 14.
Bukan setakat menghormati Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri serta menghargai kedudukan beliau sebagai pemimpin nombor satu negara namun ianya adalah peluang terbaik UMNO BN untuk menghadapi PRU ke 15 kelak.
Tidak hilang bisa ular apabila menyusur akar. Berundur bukannya kalah tetapi ianya menyusun langkah ke hadapan dengan lebih selamat. Zahid perlu bertindak pantas.
tulisan: PolitikMalaysia.com
Apapun penganalisis politik ini lupa Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan masih lagi hidup.
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika sidang media selepas Majlis Pertemuan Pengerusi BN bersama MCA dan MIC di Dewan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Jalan Yahya Awal Johor. |
-TunCarlos.com