Kes Covid-19 hari ini meningkat ke 11,034.Kes positif harian COVID-19 terus menunjukkan peningkatan dengan 11,034 kes dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu sekali gus menjadikan jumlah individu di negara ini yang dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 2,925,254 kes.