KINSHASA: Sekurang-kurangnya 26 terbunuh selepas kabel voltan tinggi terputus dan menimpa rumah penduduk dan sebuah pasar di pinggir ibu negara Congo, Kinshasa hari ini.
Ketua Polis Kinshasa, Sylvano Kasongo, berkata kabel voltan tinggi itu menimpa beberapa rumah di daerah Matadi-Kibala dan sebuah pasar, menyebabkan beberapa mangsa maut di lokasi kejadian.
Paparan video kemalangan di pasar berkenaan yang dikongsi dalam talian menunjukkan beberapa orang menangis mengerumuni beberapa mayat terbaring dalam lopak air dengan barang belian mereka berselerakan.
video:
video:
- REUTERS