Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Akar umbi PKR tak puas hati calon dipilih Anwar


KUALA LUMPUR: Akibat tak mahu mendengar cakap akar umbi, Anwar berdepan dengan rusuhan di Batu Pahat

Menurut sumber dari Edisi Siasat, calon yang dipilih Anwar didakwa dipilih oleh Farhash Wafa Salvador yang juga kini orang paling dipercayai Anwar. 

Ketika Anwar mengumumkan nama Mohd Khuzzan sebagai calon mempertahankan kerusi DUN Semerah, kedengaran suara-suara ahli parti seperti tidak setuju.

'Bila dia namakan calon-calon, orang ramai membantah, dia tak nak dengar dan akhirnya dia letak calon yang akar umbi tak suka.

"Bila akar umbi merusuh, dia cabut lari masuk dalam kereta. Begitulah perangai presiden PKR."kata sumber dalaman PKR.

Apapun Anwar sudah menetapkan keputusan. Akar umbi mahupun suka ataupun tidak harus menerima dengan hati yang besar.

"Kita sudah buat keputusan, hormat keputusan. Saya harap Mohd Khuzzan Abu Bakar (calon DUN Semerah) ambil ikhtibar supaya menyantuni sesiapa yang kurang berpuas hati, saya ingat ini perkara biasa,” kata Anwar selepas mengumumkan senarai calon bagi zon utara PKR pada PRN Johor.

-EdisiSiasat