Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bercerai lepas sehari kahwin, suami enggan sentuh



SEORANG wanita tidak menyangka bahawa perkahwinannya hanya mampu bertahan selama sehari selepas mendapat tahu mengenai orientasi seksual suaminya yang agak pelik, lapor portal dari Jakarta, Wolipop.

Berdasarkan hantaran di laman TikTok, wanita tersebut berkongsikan beberapa keping gambar majlis perkahwinannya dengan suaminya.

“Dilamar seperti ratu, dihancurkan seperti debu. Saya sudah berkahwin, namun masih dara,” tulis wanita itu.

Tambah pemilik akaun @raisakuu20 tersebut, dia terpaksa berpisah dengan suaminya sehari selepas berkahwin kerana suaminya enggan menyentuhnya dan menganggap dirinya hanya sebagai objek untuk menutup rahsianya.

“Semuanya sudah berakhir. Dia tidak mencintai saya, sebaliknya mencintai lelaki lain,” kata wanita itu.

Dia turut berkongsikan tangkap layar yang menunjukkan perbualan antara suaminya bersama pasangan sesama jenisnya.

Hantaran itu menjadi tular dengan ramai netizen meninggalkan pelbagai komen.

“Sebab itu perlu berkawan terlebih dahulu sebelum menerima lamaran. Jangan berkahwin tanpa mengenali pasangan dengan lebih mendalam. Semoga kamu terus kuat,” komen seorang lagi. 

– AGENSI