Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Fenomena salji di Gunung Kinabalu kerana suhu lebih lembab


SABAH: Fenomena salji turun sebentar di Gunung Kinabalu, Sabah berlaku kerana tahap suhu lebih lembap daripada biasa, kata Penolong Pengarah Taman Kinabalu Justinus Guntabid.

Katanya, purata suhu di kawasan berkenaan bermula jam dua hingga 10 pagi kira-kira 6.9 hingga 12.3 darjah celsius lebih sejuk dari biasa, menurut Utusan Borneo.

"Tetapi ini bacaan suhu di kawasan Panalaban dan kalau di atas suhu lebih sejuk.

"Purata kelembapan sekitar 52 hingga 62 peratus dan ini lebih lembap dari yang biasa iaitu 70 peratus purata kelembapan," dia dipetik sebagai berkata ketika dihbungi media itu.


Katanya, salji turun pernah berlaku di puncak Gunung Kinabalu pada 1975 dan terakhir pada 1993. 

Jelasnya, beberapa tahun sebelum ini fenomena itu dikatakan berlaku lagi, walaupun ia sebaliknya hanya proses pembekuan.

Justinus justeru menganggap pendaki yang menyaksikan kejadian itu sebagai bertuah kerana ia jarang berlaku.

Gemparkan pendaki

Sementara itu, dilaporkan fenomena yang berlaku hanya sekitar dua minit itu menggemparkan beberapa pendaki yang sempat merakamkan kejadian itu.

Video rakaman kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.15 pagi itu antaranta direkodkan oleh malim gunung Hajiri Sulumin, 47, dan tular di media sosial.

Menurutnya, semasa kejadian berlaku, dia berada di pusat pemeriksaan Sayat-Sayat.