Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Gadis iklan jual dara RM6000, keluarga tengah susah


Kuala Lumpur: Demi membantu keluarganya yang menghadapi masalah kewangan, seorang gadis sanggup menggadai maruah dirinya dengan menawarkan keperawanannya pada harga RM6,000.

Menurut gadis itu, dia belum berkahwin dan masih memiliki dara.

"Keluarga saya tengah susah, jadi saya berhasrat menjual malam pertama saya dengan harga RM6,000.

"Saya harap semua dapat memberikan saya peluang. Terima kasih," katanya mengakhiri video itu yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

Gadis yang memakai pakaian berwarna merah itu dipercayai merakam video itu menggunakan telefon bimbitnya di sebuah restoran.

Bagaimanapun, pengakuan berani mati gadis itu menimbulkan perdebatan antara netizen dengan kebanyakan daripada mereka mempersendakan keputusan wanita itu.

Malah, ada tang tanpa segan silu berkongsi mereka menjual malam pertama secara terbuka di Internet.

Sebahagiannya turut mempertikaikan harga RM6,000 ditawarkan gadis itu terlalu mahal dan mereka tidak mampu membayarnya.

Selain itu, ada yang tidak bersetuju tindakan gadis itu menggadaikan maruah dirinya dan menasihatinya supaya mencari jalan penyelesaian lain termasuk mendapatkan bantuan badan amal di Malaysia.

Harian Metro sedang berusaha mendapatkan kenyataan sebenar daripada gadis itu.

-Hmetro