Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

JDT jalin kerjasama dengan Malaysia Airlines



ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah apabila menjadi kelab bolasepak yang pertama menjalinkan kerjasama dengan syarikat penerbangan, Malaysia Airlines Bhd. hari ini. 

Menerusi kerjasama ini, Malaysia Airlines akan menjadi rakan penerbangan eksklusif untuk Harimau Selatan yang akan menerbangkan pasukan ke perlawanan di seluruh Malaysia dan ketika JDT mewakili negara dalam kejohanan antarabangsa.

Pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, kerjasama ini sangat jelas membuktikan agenda kelab untuk menaikkan nilai komersial JDT di luar padang seterusnya dikenali di seluruh dunia.

Beliau berkata, kerjasama dan tajaan oleh MAB itu adalah satu penghargaan buat JDT yang dilihat memberi potensi yang besar kepada sinergi antara dua jenama menerusi pelbaga perkarai termasuklah dalam hak barang dagangan.

Jenama Malaysia Airlines ini banyak persamaan dengan JDT, jadi dengan termeterai kerjasama ini dilihat dapat mengukuhkan kedua-dua jenama.

“Dengan kerjasama ini juga, jenama JDT akan mempunyai lebih ‘visibility’ di seluruh dunia dengan siri ‘Fearless: Rise of The Southern Tigers akan ditayangkan di dalam sistem hiburan penerbangan di kesemua pesawat Malaysia Airlines ke seluruh rangkaiannya.

“Ini secara tidak langsung membantu meningkatkan sasaran yang diletakkan sebelum ini meraih lebih 75 juta penonton,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JDT, di sini hari ini. 

Terdahulu, diadakan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Tunku Ismail bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Malaysia Aviation Group, Kapten Izham Ismail. 

Tunku Mahkota Johor itu berkata, JDT yang bercita-cita tinggi berbeza dengan kelab lain apabila sangat agresif  dalam usaha meningkatkan nilai komersial pasukan.

“Kejayaan sesebuah kelab bukan diukur di atas padang sahaja, malah, pencapaiannya di luar padang. Perkembangan jenama JDT berjalan dengan baik walaupun ketika pandemik Covid-19 melanda negara.

“Kerjasama ini adalah salah satu pengumuman besar tahun ini, ada beberapa lagi pengumuman penting akan diumumkan dalam beberapa minggu ini,” ujarnya. 

Sementara itu, Izham berkata, kerjasama itu akan memberi manfaat kepada kedua-dua jenama dengan sinergi yang boleh dijana pada  masa hadapan.

Katanya, Malaysia Airlines terbang ke 1,100 destinasi di 150 buah negara seluruh dunia dan akan fokus kepada negeri Johor sebagai hub penerbangan baharu mereka terutama ke destinasi Malaysia Timur.

“Sinergi itu bukan hanya menerbangkan pasukan JDT ke venue perlawanan malah memberi nilai tambah antara satu sama lain.

“Sebelum Covid-19 melanda, Malaysia Airlines menerbangkan kira-kira 17 juta penumpang setahun. Bayangkan pendedahan yang akan diterima oleh JDT,” ujarnya. 

Katanya, pihaknya mempertimbangkan untuk menaja ‘livery’ Harimau Selatan pada pesawat Airasia selain memberikan kadar istimewa penerbangan kepada pemegang Pas bermusim JDT. 

–UTUSAN ONLINE