'Kenapa nak guna saya jadi posterboy dalam PRN? Wan Saiful boleh tahan bebal'
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak hari ini menyelar Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan yang sebelum ini mencabar Barisan Nasional BN untuk meletakkan Najib ataupun Zahid sebagai posterboy untuk PRN Johor.
Najib mendakwa Wan Saiful boleh tahan bebal kerana cabaran yang diangap bodoh tersebut.
"Boleh tahan bebal, adik buku manifesto ini. Kan dah terang-terang ini Pilihan Raya NEGERI (PRN)?
"PRN sudah tentu guna calon Ketua Menteri atau Menteri Besar sebagai poster boy - seperti apa yang BN buat masa PRN Melaka.
"Kenapa pulak nak guna wajah saya, Zahid atau PM Ismail Sabri? Cabaran bodoh apa ini?"
"Hanya korang tak faham konsep ini dan telah tersalah guna slogan "Abah Sayang Melaka" atau mungkin guna "Abah Sayang Johor (tapi tak berani pertahankan kerusi DUN)".
"Tapi lain cerita pada PRU.Jika Wan Saiful ingin tahu siapa "poster boy" BN pada PRU15 maka suruhlah boss kamu tekan butang dulu."ujar Najib
-sumber: FB Najib Razak