Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kenyataan terbaru Bank Negara buktikan PH 'senyapkan' kes suami Zeti -Najib


KUALA LUMPUR: Susulan kenyataan media yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebentar tadi telah menarik perhatian bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia berikutan satu siasatan berkenaan 1MDB di Amerika Syarikat terhadap Tim Leissner yang mengaku telah merasuah individu di Bank Negara Malaysia untuk melakukan transaksi haram dalam masa satu hari.

Menurut kenyataan media BNM, kes yang melibatkan suami bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz telah diserahkan keoada pihak berkuasa untuk siasatan pada 2016. 

Ini telah menyebabkan Najib yang menjawat jawatan Perdana Menteri pada 2016 terkejut kerana beliau langsung tidak diberitahu oleh sesiapa dari Bank Negara mengenai perkara tersebut pada ketika itu. 

"BNM kata mereka telah melaporkan maklumat bahawa keluarga Gabenor BNM yang masih menjawat masa itu menerima dana sehingga RM700 juta dari Jho Low kepada sebuah agensi penguatkuasaan yang tidak dinamakan pada April 2016." ujar Najib.

"Masa itu saya masih PM tetapi bekas Gabenor tersebut, BNM atau ada mana-mana agensi kerajaan tidak pernah maklumkan perkara ini kepada saya."

Menurut Najib, pihak beliau hanya menyedari perkara ini pada akhir tahun 2020 setelah Surat Akuan Bersumpah ahli-ahli keluarga Gabenor tersebut kepada pihak Polis Singapura mula terbongkar dan menjadi tular.



"Sekiranya benar apa BNM memaklumkan hari ini, ini bermaksud kerajaan PH dan PN sudah lama mempunyai maklumat berhubung bekas Gabenor ini yang juga merupakan antara saksi-saksi penting dan memainkan peranan yang amat penting dalam kes-kes mahkamah SRC dan 1MDB saya."

"Jadi, kenapa pula pihak pendakwa raya tidak pernah menyalurkan matlumat ini kepada barisan peguam pertahanan saya untuk saya bela diri?"

"Malah pendakwa raya kata mereka tiada matlumat berhubung bekas Gabenor dan seorang lagi bekas Menteri yang disyaki telah menerima dana 1MDB sebanyak RM85 juta yang disorok di Singapura semasa peguam-peguam soal mereka dalam perbicaraan mahkamah."

"Dan jika kenyataan BNM adalah benar, kenapa pula kerajaan PH dan PN tetap melantik bekas Gabenor tersebut sebagai ahli Majlis orang tua-tua serta pengerusi PNB yang menjaga dana sebanyak RM360 bilion?" soal Najib.

-TunCarlos.com