Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

YB Khalid Samad dan pasangan bakal nikah Rabu depan


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad didakwa sudah bernikah pada 1 Februari lalu susulan tular dalam media sosial sekeping gambar beliau berbusana baju Melayu berwarna putih lengkap bersamping bersama seorang wanita. 

Bagaimanapun, sumber Utusan Malaysia menafikan Khalid sudah bernikah dan memaklumkan majlis tersebut tidak dapat berlangsung berikutan ketiadaan jurunikah ketika beliau bersama keluarga hadir dekat sebuah masjid.

Upacara pernikahan itu akan diadakan pada Rabu depan menurut Utusan.

Terdahulu, peguam daripada Tetuan Farhana Izyan & Co, Nurfarhana Abd. Manaf yang mewakili Zaitun memberitahu, Hakim Abdul Halim Abdullah membenarkan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) itu berpoligami selepas beliau bersetuju memenuhi syarat dengan menunaikan hak-hak isterinya.

Antara syarat tersebut adalah menyerahkan sebuah penthouse di Seksyen 13 yang dibeli secara bersama, sebuah rumah di Seksyen 7, kereta Proton X70, nafkah bulanan serta syarat-syarat lain yang dinyatakan dalam affidavit kepada isteri sedia ada.