Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

'Kita sudah kalah, beberapa tempat tentera Rusia sudah berkuasa'

Serangan di lapangan terbang Kyiv Boryspil 

KYIV: Beberapa jam selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan serangan terhadap Ukraine, negara tersebut akhirnya didakwa telah ‘kalah'.

Serangan peluru berpandu melanda sekitar sedozen lapangan terbang di seluruh negara termasuk lapangan terbang Kyiv Boryspil dan kemudahan di bandar pelabuhan Laut Hitam Odesa.

Penasihat Presiden Ukraine, Mykhailo Podoliak berkata, pasukan tentera negara ini bertungkus-lumus menentang serangan tentera Rusia namun mereka sudah ‘tidak berdaya’.

“Kita sudah kalah. Di beberapa tempat, tentera Rusia sudah berkuasa,” katanya tanpa memberi penjelasan lanjut.

Mykhailo Podoliak




Terdahulu, pasukan tentera Ukraine mendakwa berjaya menembak jatuh enam buah pesawat tentera Russia, Sejurus serangan itu, pasukan tentera darat Rusia dilaporkan memasuki Ukraine daripada pelbagai arah dan melancarkan serangan peluru berpandu.

Sejumlah kereta kebal milik Rusia dan beberapa aset ketenteraan memasuki sempadan Ukraine di kawasan utara negara ini, termasuk dari Crimea di selatan.

Pasukan tentera sempadan Ukraine mendakwa, seorang daripada anggota mereka maut dalam pertempuran dengan Rusia. 

Ukraine, sebuah negara demokrasi dengan 44 juta penduduk adalah negara terbesar di Eropah mengikut kawasan selepas Rusia sendiri. 

Negara tersebut mengundi secara besar-besaran untuk memerdekakan negara daripada Moscow selepas kejatuhan Kesatuan Soviet dan bertindak menyertai NATO dan Kesatuan Eropah.

Putin, yang menafikan bahawa dia merancang pencerobohan selama berbulan-bulan, telah menggelar Ukraine sebagai ciptaan yang diukir dari Rusia oleh pihak musuh. Perwatakan orang Ukraine dianggap Putin sebagai mengejutkan dan palsu.

– AFP