Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mahkamah tolak saman fitnah dikemukan Ali Puteh terhadap kakak ipar dan Aliff Syukri



KUALA LUMPUR: Mahkamah menolak saman fitnah yang dikemukakan pelawak Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya lain terhadap kakak iparnya Siti  Norhidayah dan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dengan kos sebanyak RM13,000.

Dalam saman itu,  Ali Puteh bersama, bapanya, Syed Mohd. Ridzuan Syed Hassan, 65; ibunya, Allahyarham Sabariah Arshad, 63; dan kakak sulungnya, Sharifah Norwahidah Syed Mohd. Ridzuan, 42, pada Julai 2020 memfailkan saman fitnah terhadap Aliff Syukri dan Siti Norhidayah berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung di akaun YouTube usahawan kosmetik itu.

Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali Puteh sekeluarga selaku plaintif.

Sehubungan itu, Ahli Puteh dan keluarganya memohon satu perintah menghalang Aliff Syukri dan Siti Norhidayah daripada mengeluarkan sebarang pernyataan fitnah.

Mereka juga memohon agar kedua-dua individu itu membuat permohonan maaf secara terbuka, menarik balik dan memadamkan video temubual yang berbaur fitnah tersebut di kesemua media sosial milik Aliff Syukri. 

-KOSMO! ONLINE