Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Masyarakat Cina di bandar kembali sokong BN, kecewa dengan DAP -Najib


JOHOR BAHRU: Bekas Perdana Menteri, Najib Razak berkata masyarakat Cina di Johor termasuk di kawasan bandar kembali menyokong Barisan Nasional (BN).

Katanya, sejak beberapa hari beliau turun di lapangan kawasan majoriti Cina, sambutan kepada BN semakin meningkat dengan melihat kepada kehadiran penduduk di program anjuran parti itu.

“Saya lihat sokongan daripada masyarakat kaum Cina kiat bertambah dan meningkat, kalau lihat kepada sambutan hari ini yang diterima boleh dikatakan sambutan hangat yang kita tak nampak macam PRU14 dulu.

“Saya harap ini diterjemah dalam bentuk sokongan sebenar 12 Mac ini dan BN berpeluang menang di DUN Perling,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis sarapan pagi bersama calon BN DUN Perling, Tan Hiang Kee bagi pilihan raya negeri (PRN) Johor.



Ditanya sentimen pengundi muda masyarakat Cina kepada BN, Najib berkata keadaan sama ditunjukkan.

“Ada dalam kalangan orang muda (Cina) siap pakai baju ‘Bossku’, dia baru kali pertama akan mengundi kali ini.

“Saya nampak MCA ada harapan lebih baik berbanding PRU14 sebelum ini, tapi saya tidak mahu buat ramalan walaupun sokongan di sini dan tempat-tempat lain sangat menggalakkan tapi ia mesti diterjemahkan dalam bentuk undi 12 Mac ini,” katanya.



Katanya, walaupun Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong di kerusi Perling, tidak mustahil BN melalui MCA mampu membuat kejutan.


“Jangan kita tolak kejutan sebab mereka pengundi (Cina) sudah kena tipu selama ini. Mereka kecewa dengan DAP. Mereka tak dapat pembelaan yang dijanjikan DAP selama ini selama 22 bulan memerintah, mereka kata BN jauh lebih baik,” katanya.

"Jika dahulunya, kerajaan BN Johor pastikan pelaburan tinggi, pertumbuhan di sektor pembuatan dan perladangan.

"Kita buat perancangan supaya ada pertumbuhan ekonomi setempat yang memanfaatkan rakyat.

"Tetapi malangnya kerana dasar-dasar dan kelemahan PH, diikuti ketidakstabilan politik, rakyat Malaysia menghadapi isu demi isu dan kegagalan demi kegagalan."ujar beliau.




Kerusi DUN Perling menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Calon BN, Tan Hiang Kee, PH diwakili Chin Tong dan Perikatan Nasional (PN) menerusi Gerakan mempertaruhkan Koo Shiaw Lee.

Diminta mengulas tindakan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi menjadikan Pengerusinya, Muhyiddin Yassin “poster boy” dalam PRN kali ini, Najib berkata itu hak gabungan tersebut jika merasakan ia menguntungkan untuk meraih kemenangan.

“Dia (Muhyiddin) boleh naikkkan gambar dia tapi sama ada itu menguntungkan Bersatu ke tidak kita tengok pada 12 Mac nanti,” katanya

-utusan